Thursday, March 27, 2014

Positve Side Thinking~

.,بسم الله الرحمن الرحيم

,.السلا م عليكم

Hye sana, hye sinu and hye sini! (erhh,, pehal ?)
Ok, shuts!

At this time , perasaan aku masih kacau-bilau. Why? About the U1's results la. Ever in my life, this is the first time my exam's result was very bad. Feeling depressed. Sad? Cry? Suddenly, I'm thinking . Untuk apa aku nak buang air mata hanya sebab result aku not good at all? Aku seharusnya ambil ni as a lesson. Kegagalan yang terjadi tak bermakna tiada kejayaan pada masa akan datang! Yess! Apa yang aku perlu lakukan adalah dengan melakukan anjakan paradigma! (cehh, ayat tuuu) Sokay la,, at least aku try juga nak cheer kan diri aku yang tengah down sikit ni.

Dulu aku selalu nak cheer up orang lain supaya jangan putus asa! Perjalanan kita masih jauh. Tapi sekarang? What happen? Tak boleh, tak boleh jadi. Aku kena cari balik semangat aku yang dulu tu. And the main point is ! berhubunglah dengan Pencipta, ALLAH subhanallahuwata'ala.


-------------------------------------------------------------------------------



Oh ya, beberapa minggu yang lepas seluruh dunia digemparkan dengan kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing. Pelbagai usaha telah dilakukan dengan kerjasama antarabangsa dalam pencarian MH370. Persoalannya di sini, ke manakah hilangnya MH370? dah tu, tiba-tiba kata hilang daripada radar. Bayangkan,teknologi yang dimegahkan di mana-mana negara pun tak boleh nak kesan MH370. Letak big question mark dalam diri anda. Takkan tak pernah terpikir kot.

Aha! Baru-baru ni pulak PM telah mengumumkan bahawa MH370 sah berakhir di selatan Lautan Hindi. Kadang-kadang ada juga terpikir kenapa laluan penerbangannya berubah? Bukankah dari Kuala Lumpur ke Beijing kena melalui Laut China Selatan? (cer try check peta tengok) Satu kemusykilan yang sudah pastinya timbul di dalam benak warganegara yang betul-betul berfikir.
Kat sini bukan aku nak tolak Qada' dan Qadar Allah, tapi cuma nak menzahirkan apa yang aku rasa logik dek akal. Mungkin, segelintir orang tu kalau dah tinggi kepercayaannya, ada bukti ka takdak bukti ka , sama saja. Tapi ada juga segelintir orang susah nak percaya sesuatu perkara tu kecuali disertakan dengan bukti.

Ok. Stop. Rasanya tak perlu kot aku nak bahaskan kat sini sebab aku ni seorang insan yang lemah. Masih belum cukup ilmu aku nak bahas pun. Kalau hampa rasa nak tau lagi mendalam, it is better if hampa kaji sendiri apa yang hampa nak tau. Itu lagi menjamin sebuah kepuasan. Okay? Al Fatihah.

#doabuatpenumpangdankrewMH370

--------------------------------------------------------------------------

Dalam semua orang sibuk dengan  berita MH370, lupakah kita? atau ingatkah kita? dengan saudara Islam kita di Mesir? Syria? Palestin? Allah... pada malam PM mengumumkan lokasi terakhir MH370, terjadi satu peristiwa yang lain di Mesir. 529 orang ahli Ikhwanul Muslimin telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Semuanya gara-gara pemerintah Mesir yang baru.Sebagai umat Islam, kita harus ingat bahawa semua umat Islam adalah bersaudara.

Walaupun berita itu disebar, tetapi masih ramai yang tak tahu mengenainya.Umat Islam di sana tidak mengharapkan kita ke sana dan bersama-sama berjuang tetapi iringlah mereka dengan doa. Doa. Sebaik-baik senjata orang mukmin ialah doa.

#prayforegypt529
-------------------------------------------------------------------------------

Ok. Gtg. Jutaan maaf diucapkan sekiranya ada tersalah bahasa atau apa-apa yang mengguris hati. Sesungguhnya, yang baik itu dari Allah. yang buruk itu dari kelemahan diriku sendiri.
Wassalam... ^^

photo: credit to google images

No comments:

Post a Comment