Saturday, July 30, 2011

IBNU BATUTTAH...


.,بسم الله الرحمن الرحيم

,.السلا م عليكم


Nama sebenar Ibnu Batuttah ialah Abu Abdullah Muhammad Ibnu Abdullah al-Lawati al-Tanji. Tercatat dalam lipatan sejarah sebagai tokoh pengembaraan yang mengembara begitu jauh sepanjang kehidupannya.Oleh sebab itu dia digelar sebagai 'Raja Pengembara Islam' atau 'Raja Segala Pengembara'.
   Ibnu Batuttah bermazhab Maliki.Dia menghabiskan masanya selama lebih kurang 29 tahun mengembara dan menjelajah dunia.Ada catatan sejarah mengatakan pelayaran Ibnu Batuttah melebihi 72,000 batu atau 120,000 kilometer.
   Ketika hayatnya, beliau pernah dituduh sebagai pembohong oleh generasi yang hidup selepasnya apabila mendengar cerita-cerita pelik beliau.Ini kerana, mereka tidak percaya bagaimana Ibnu Batuttah mampu mengembara dengan hanya bergantung kepada alat perhubungan dan pengangkutan pada ketika itu seperti kuda, unta, baghal dan keldai.
   Di lautan pula, beliau tidak naik kapal besar tapi hanya perahu dan kapal kecil.Sedangkan ketika itu, perjalanan dan pelayaran sering diganggu oleh perompak atau lanun.Apatah lagi tiada peta perjalanan yang tepat serta kompas sebagai panduan perjalanan.Jadi bagi mereka, amat mustahil Ibnu Batuttah mampu mengharungi semua peristiwa yang didakwanya itu.
   Tokoh pengembara ini dilahirkan pada 17 Rejab 703 H, bersamaan 1304 M di bandar Tanjah (di Selat Gilbatar, di tepi pantai al-Maghribi) dan mendapat pendidikan awal di situ.Berasal daripada kalangan keluarga yang memntingkan ilmu pengetahuan, beliau sering menimba ilmu dan pengalaman sepanjang perjalanannya.Hari penting dalam hidup Ibnu Batuttah adalah hari Khamis 2 Rejab 725 H kerana pada hari itulah beliau memulakan perjalanannya.Ibnu bercerita dalam catatannya;
   Saya meninggalkan bandar kelahiran saya pada hari Khamis 2 Rejab 725H dengan hasrat menunaikan haji di Baitullah al-Haram dan menziarahi makam Rasulullah SAW.Saya keluar bersendirian tanpa ditemani oleh sesiapa dan saya tidak menjumpai kafilah untuk ditumpangi.Atas desakan hati dan keinginan yang kuat untuk menziarahi tempat suci tersebut, saya memberanikan diri meninggalkan orang0-orang yang saya sayangi, lelaki dan perempuan.Saya meninggalakn kediaman saya seperti burung meninggalkan sarangnya.Ibu bapa saya pada masa itu masih hidup dan saya merasa amat berat untuk meninggalkan mereka.Perpisahan itu menyebabkan kami berduka cita.Umur saya pada ketika itu22 tahun. 
   Selepas menunaikan rukun Islam yang kelima di kota suci Mekah, keinginan Ibnu Batuttah untuk mengembara tercetus dalam dirinya dan Ibnu Batuttah benar-benar menjadikannya satu kenyataan.Beliau mengembara ke segenap pelosok dunia Islam yang luas bermula dari Afrika Utara hinggalah negeri China dan kemudian pulang ke negeri asalnya.Pengembaraan sejauh 120,000 kilometer merentas benua Afrika, Eropah dan Asia adalah satu penjelajahan dunia terhebat yang memartabatkan Ibnu Batuttah sebagai tokoh pengembara paling terkemuka dalam sejarah.Setelah puas mengembara selama tiga dekad, Ibnu Batuttah akhirnya pulang ke Fez, Maghribi pada 1354 M.Di kota Fez inilah kisah beliau mula diabadikan.

No comments:

Post a Comment