Thursday, September 15, 2011

Tentang Kehadirannya,..


.,بسم الله الرحمن الرحيم

,.السلا م عليكم



Esok nak raya! Seronoknya apabila esok raya.Ujian sebulan berlapar dahaga berakhirnya. Bermula Maghrib hari ini kita sudah boleh mula makan seperti biasa.Makan malam, makan pagi, makan tengah hari dan bila-bila masa tanpa sekatan.Malah nak mengumpat dan mengutuk pun kita rasa macam sudah boleh kan? Sebahagian dari kita sudah pun berada di kampung atau kampung mentua. Sebahagian lagi sedang bersesak di lebuhraya dan sebahagian lagi masih di rumah membuat persiapan terakhir raya.Esok selepas solat Aidilfitri tetamu akan mula datang.Rumah kita mesti betul-betul sempurna untuk menerima kunjungan tetamu dan yang aku nak songel kat sini bukn pasal esok nak raya tetapi pasal tetamu kita yang bernama RAMADHAN tu.Eh! lupa pula kita kepada tetamu ini. Ya,apabila esok raya bermakna hari ini adalah hari terakhir ia bertamu di rumah kita.Petang nanti saat lewat Asar, tetamu istimewa ni akan mula mengemas 'beg'nya... bersendirian... Dan lebih tragis lagi saat azan Maghrib berkumandang, saat tetamu baru bernama SYAWAL mengetuk daun pintu, maka saat itulah tetamu bernama RAMADHAN mengundurkan diri. Sayat hati apabila tibanya saat itu.Sungguh tak sanggup untuk menghadapi saat itu.Tetapi,orang zaman sekarang bukannya kisah sangat pun kan?? Entah laa... sempat ke tidak nak bertemu dengan tetamu itu lagi pada tahun hadapan? insya-Allah dengan izin Allah... Amin Ya Rabbal Al-amin....

No comments:

Post a Comment