Thursday, October 13, 2011

Menyayangi Semua Orang di Sekitar..


.,بسم الله الرحمن الرحيم

,.السلا م عليكم



Org yang penyayang akan menarik orang lain sayang kepadanya. Semua orang di sekitar perlu disayangi dan dihargai agar kita mudah dihormati.
     Sifat berkasih sayang adalah sifat yang sangat dianjurkan oleh Islam. Malah, Allah mengiktiraf bahawa setiap orang mukmin itu bersaudara. Oleh itu, dahulukanlah pandangan kasih sayang dan berbaik sangka terhadap orang lain sebelum bersangka buruk dan membenci mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud:
"Mahukah kamu, aku beritahukan tentang sesuatu yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Sebarkanlah salam diantara kamu".    (Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment