Monday, May 27, 2013

Runtuhnya akhlak di kalangan muslimat..

.,بسم الله الرحمن الرحيم

,.السلا م عليكم


Haiyya! Jumpa lagi nih.. huihi. Harini nak cakap sikit about budaya2 budak Melayu zaman sekarang. Sebelum itu, mohon maaf kepada pihak yang terasa. Baru tadi aku sempat 'usha' account facebook sorang kawan lama aku ni (actually kawan sekolah rendah yang aku tak rapat ). Sikit punya la banyak gambar-gambar yang di 'upload' tidak mengikut yang sepatutnya. Tak faham? Heish, maksudnya tak bertudung la. Plus,baju pun.. Hurmm,, takyah cakap pa la. Kat sini bukan nak kutuk,ngumpat atau buat dosa. Sekadar renungan buat muslimat-muslimat sekalian. Bagi sesetengah orang maybe akan kutuk habis-habis, tapi dalam konteks Islam hal-hal macam ni tak payah la nak mengata. Akan mengundang kepada amarah seseorang. Nak tegur biarlah berhemah. Dalam sukatan pembelajaran pendidikan Islam tingkatan 3, ada satu tajuk ni : Mencegah Kemungkaran Tanggungjawab Bersama. Hal yang aku nyatakan kat sini sikit banyak berkaitan juga dengan perihal kemungkaran. Cara mencegah ada tiga:
  • Dengan tangan - dalam erti kata melalui kaedah perbuatan
  • Dengan lisan - memberi teguran dan nasihat yang berguna serta tegurlah secara berhikmah.
  • Dengan hati - dengan membenci sesuatu kemungkaran itu. Ia adalah selemah-lemah iman
    Bagi aku tak bertudung pun biarlah baju yang dipakai tu tak terlalu 'menyakitkan' mata-mata yang memandang,. Selepas aku tengok foto-foto dia tu, ingat ada orang nak komen macam-macam tapi... takda pun?? Entahla.. mungkin takda or mungkin dia dah remove. And one more! Tak sangka pula guru besar SK boleh komen? ahaha,, anyway tabik lar GB,. itu baru dikatakan berhemah sikit! alhamdulillah. Kebanyakan remaja-remaja sekarang mudah terpengaruh dengan anasir2 barat. Kadang tu .. ibu bapa boleh jadi punca.. Akibat kurangnya didikan agama, maka lahirlah remaja2 yang kurang berakhlak. Sebab tu kat sekolah ada diwujudkan matapelajaran Pendidikan Islam. Walaupun dah belajar kat sekolah, remaja-remaja ni ambil endah tak endah ja.  Keluarga dan ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam mentarbiah anak-anak. Masalah sekarang, ibu bapa pun... HUrmmm.. taktau nak kata apa.. pandai-pandai la fikir sendiri.. tu je untuk kali ni.. wassalam..

No comments:

Post a Comment