Saturday, July 6, 2013

Ramadhan ~ Just come


.,بسم الله الرحمن الرحيم

,.السلا م عليكم



Waahh,. tak sabarnya nak menyambut bulan Ramadhan. Bukan senang tau nak jumpa dengan bulan ni. Bulan Ramadhan ialah bulan yang paling dinanti-nanti oleh semua umat Islam. Bulan yang paling berkat antara bulan-bulan yang lain. Jadi, tak mustahillah umat Islam akan berlumba-lumba untuk membuat amal ibadat yang banyak bulan ni.Setiap apa yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan, nafsu kita juga akan berganda walaupun syaitan telah dirantai. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati.

Sabda Rasulullah S.A.W:
 "Apabila datang bulan Ramadhan,dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan,"

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita dapat memupuk dan menggilap kembali hati kita yang pudar ni. Berpuasa bukanlah semata-mata menahan lapar dan dahaga, ia juga untuk mendidik nafsu dan peribadi manusia.



Haa,. sebelum terlupa .. yang takda alasan untuk tak berpuasa tu, puasalah.. Puasa itu rukun! Solat terawih itu sunat.. Ada segelintir masyarakat ni, puasa tidak,, solat terawih rajin pula. Haih, manusia manusia. Puasa ialah kewajipan yang sangat dituntut tau. INGAT!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK~ 
                        TINGKATKAN IMAN,, KURANGKAN KONTROVERSI

No comments:

Post a Comment