Wednesday, August 7, 2013

Last Ramadhan + Eid Mubarak

.,بسم الله الرحمن الرحيم

,.السلا م عليكم

Ramadhan~ tinggal kurang dari sehari sahaja lagi akan melangkah pergi meninggalkan kita.. Mungkin saja Ramadhan sedang bersiap-siap untuk bertolak pergi. Sekejap sahaja lagi tetamu bernama Syawal akan tiba dan mengetuk pintu bagi menggantikan Ramadhan. Ahhh.. terasa kehilangan di saat itu. Selamat tinggal Ramadhan. Moga kita dipertemukan lagi tahun hadapan.


Rasa macam baru ja kan start berpuasa? hari ini dah last day. Cepat sungguh masa berlalu~ Itulah tanda akhir zaman, semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Dan juga moga kita diampunkan oleh Allah S.W.T.. Allahuma Amin.. :)

*

Yarrh! dah nak raya pun. Time-time macam ni mesti semua pakat dah berada di kampung halaman masing-masing kan? Seronoknya korang,, sampai hati tinggalkan aku an? sobsobsob.. ( gurau aje )
Tahun ni merupakan tahun kedua aku tak beraya di kampung. Kenapa? Sebab kat kampung aku tu cuma tinggal pak ngah and pak ndak aku ja pun. Selalu kalau aku balik kampung beraya dengan tok wan aku tapi sayangnya Ramadhan tahun lepas tok wan aku dah kembali ke rahmatullah. Al Fatihah. So,nak balik beraya pun dah hilang seri. Bukannya apa, nak balik kampung tu boleh .. cuma... kami kena buat perancangan awal dulu. Kena inform semua sedara-sedara ajak balik sekali. Berkumpul ramai-ramai, sambil tu boleh la kemas rumah tu sekali. Kalau family aku saja yang balik, alamatnya tak terkemas la rumah tu. Besar kot rumah tu ( rumah kampung jer ) .

Anyway, takpe lah aku kat sini nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kat korang. Buat yang mengenali aku, ampun maaf jua kupinta andai aku ada mengguriskan or melukakan hati kalian,. :) ..0-0 ye?




No comments:

Post a Comment